Ramai kecewa dan sedih, ‘kekasih hati’ Putera Mateen sudah sah jadi suami Dayang Anisha

Rata-rata peminat kecewa dan sedih apabila melihat ‘kekasih hati’ mereka sudah menjadi suami orang. Putera Mateen dan Dayang Anisah selamat diijab kabulkan beberapa hari lalu.

Penyatuan dua hati di antara Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan isterinya Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja hari baru-baru ternyata memberi kegembiraan kepada seluruh rakyat Brunei.

Namun, tinjauan di media sosial mendapati peminat anakanda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah itu kecewa dan sedih apabila ‘kekasih’ mereka sudah menjadi suami orang.

Majlis yang diadakan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan itu berlangsung dengan penuh istiadat Brunei dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah selesai dengan sempurna.

Selain itu, nama pasangan Diraja Brunei tersebut menjadi sohor (trending) di laman X sejak pagi tadi dan pelbagai luahan kekecewaan dikongsikan pengguna media sosial.

“Saya mulakan tahun 2024 dengan berpatah hati, oh tidak! Kekasih sudah jadi suami orang. Semoga kekal bahagian Putera Mateen,” luah seorang pengguna X.

“Permulaan yang kurang baik untuk tahun 2024, sedihnya jiwa ini hanya Tuhan yang tahu. Bergembira dalam tangisan,” ciap pengguna lain.

Baca juga: Rupanya istilah kupang masih popular berbanding duit syiling di negeri utara Malaysia, ramai yang tak tahu